Matawang Aussie, Data Indeks Pendapatan Australia Jadi Tumpuan Pagi Ini

46

Matawang Aussie didagangkan sedikit tinggi pada sesi Asia hari Rabu, menjelang data indeks pendapatan Australia jam 9.30 pagi.

Pasangan AUD/USD meningkat 0.15% kepada 0.7833, manakala USD/JPY susut 0.02% kepada 110.64 setakat jam 8.21 pagi.

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, masih berada sekitar penutupan semalam, susut 0.04% kepada 93.71.

Di Australia, data indeks pendapatan untuk suku tahun kedua dijangka akan meningkat 0.5% (m/m) dan 1.9% untuk tahun ke tahun.

Semalam, dolar didagang tinggi berbanding matawang yang lain, disokong oleh data jualan runcit yang positif diluar jangkaan kesan daripada peningkatan perbelanjaan pengguna. Selain itu, para pelabur turut menjangkakan perkembangan ekonomi yang kukuh untuk separuh tahun yang kedua.

Jabatan Perdagangan semalam melaporakan peningkatan 0.6% pada jualan runcit bulan lepas yang merupakan kenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalukenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalu

Sentimen kepada kekuatan dolar turut disokong oleh komen Bil Dudley, Presiden Fed cawangan New York pada hari Isnin lepas, dengan menegaskan beliau menyokong perubahan kadar faedah tahun ini jika perkembangan ekonomi berubah sejajar dengan jangkaannya.

Sementara itu, permintaan pada matawang safe-haven, yen dan Swiss franc terus menyusut berikutan Korea Utara dalam media rasmi semalam menyatakan ketua mereka Kim Jong Un telah menunda keputusan menembak peluru berpandu ke arah wilayah Amerika Pasifik, Guam dan akan sentiasa mengawasi tindakan US selepas ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat