Matawang Aussie Mengukuh Dalam Pasaran Asia

43

Matawang Aussie mengukuh dalam pasaran Asia pada hari ini berikutan kenyataan dalam majlis Kongres China yang memberi beberapa indikasi ekonomi.

AUD/USD meningkat sebanyak 0.08% kepada 0.7851, manakala USD/JPY pula jatuh sebanyak 0.02%. EUR/USD meningkat 0.06% kepada 1.1773 pada jam 11.20 a.m .

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh sedikit 0.05% kepada 93.31 setakat pukul 11.20 pagi.

Semalam, matawang dolar didagangkan lebih tinggi berbanding matawang utama berikutan laporan data ekonomi yang menunjukkan ekonomi U.S berada dalam keadaan kukuh.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Statistik U.S harga import meningkat 0.7% pada bulan lepas berbanding 0.6% pada bulan Ogos. Namun jangkaan penganalisis hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 0.5% .

Pengeluaran Industri U.S pula meningkat 0.3% pada bulan September berikutan pengeluaran pembinaan dan perkhidmatan yang semakin pulih rentetan daripada badai Harvey dan Irma yang menimpa pada bulan lepas. Pengeluaran pembuatan pula meningkat 0.1% pada bulan September.

Selain itu, yang turut mendukung pengukuhan matawang dolar U.S ialah peningkatan hasil bon U.S selepas laporan bahawa Presiden Trump cenderung untuk memilih calon yang hawkish iaitu John Taylor sebagai pengerusi baru The Fed.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat