Matawang Berisiko Terus Menguat! Apa Dah Jadi?

789

Matawang Euro terus melonjak naik ke paras tertinggi 3 bulan pada hari selasa kerana didorong oleh faktor jangkaan pakej rangsangan dari Amerika Syarikat dan pemulihan beberapa sektor ekonomi yang mendorng peningkatan dalam selera mata wang berisiko.

Dalam masa yang turut menyaksikan pengukuhan matawang dolar New Zaeland sedang mencatat pengukuhan ke paras tertinggi sejak Jun 2018. Para pelabur buat masa ini lebih cenderung memilih matawang berisiko kerana percubaan vaksin menunjukkan keberkesanan yang tinggi.

Peningkatan kes penularan Covid-19 tidak banyak memberi sokongan kepada pegangan US dolar. Spekulasi bahawa Federal Reserve (the Fed) akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi secepat mungkin sebelum pengedaran vaksin.

The Fed akan berisdang pada 15 dan 16 Disember untuk menetapkan dasar-dasar ekonomi. Menjelang acara tersebut, Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat Perbankan malam ini.

Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin akan memberi keterangan mengenai Akta CARES, di mana Kongres menyediakan pakej rangansangan berjumlah $ 2 trilion untuk sebagai bantuan Covid-19.

Pound sterling mencatat lonjakan drastik ke paras harga 1.33500 ketika ketidakpastian mengenai rundingan perdagangan Brexit terus menghantui pasaran.

Matawang Euro terus mengukuh dengan pengukuhan sebanyak 0.50% berbanding US dolar kepada paras tukaran 1.1986.

Inflasi zon Eropah kekal di paras negatif untuk bulan keempat berturut-turut pada bulan November, meningkatkan kebimbangan Bank Pusat Eropah bahawa penurunan harga dapat membawa kepada deflasi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat