Matawang Eropah Semakin Melonjak Naik, USD Dibiarkan Layu

558

Matawang pound meneruskan kenaikan lebih tinggi ketika memasuki sesi Eropah berikutan kelemahan dolar greenback yang berterusan, meletakkannya di landasan untuk minggu terbaik sejak Disember.

Penurunan kes COVID-19, walaupun masih tinggi, dan pembukaan semula ekonomi Britain telah mendorong pemulihan dalam pound yang telah meningkat sekitar 3% dalam tempoh kurang dari dua minggu untuk mendekati paras harga 1.4000 berbanding USD.

Pada minggu ini pula, pound sterling telah mencatat peningkatan 1.6% berbanding greenback, sekali gus menjadikannya sebagai salah satu matawang utama dengan prestasi terbaik.

Raja matawang US dolar terus merosot lebih rendah pada sesi Eropah, dengan indeks dolar diniagakan pada 91.82 berbanding sekumpulan matawang utama lain.

Setelah dikecewakan oleh kenyataan Federal Reserve (Fed) yang tidak tergesa-gesa untuk melakukan pengurangan pembelian bon dan data pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan daripada dijangkakan, pelabur kini menumpukan perhatian pada pengerbitan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) pada malam ini.

Dalam pada itu, matawang euro turut mengekalkan momentum pengukuhan di paras ketinggian tiga minggu, untuk meningkat menghampiri paras harga 1.1900 berbanding US dolar.

Selain kelemahan USD, pengukuhan euro turut disokong oleh bacaan awal data ekonomi yang menunjukkan pertumbuhan kukuh di beberapa negara Eropah pada suku kedua, terutamanya Jerman walaupun sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran.

Matawang utama lain, dolar Aussie dan kiwi juga didagangkan lebih tingggi, memanfaatkan peluang untuk meningkat susulan US dolar yang lemah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat