Matawang Euro Catat Penyusutan – Ini Sebabnya!

687

Matawang Euro didagangkan susut pada hari Jumaat berikutann tinjauan perniagaan pada bulan Ogos menunjukkan pemulihan ekonomi yang semakin merosot. Disisi lain, US dolar pula terus mencatat pengkuhan pada hari ini.

Sesi pasaran Eropah diperlihatkan dengan pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari UK dan Zon Eropah yang masing-masing menunjukkan pertumbuhan yang berbeza. PMI Zon Eropah dilaporkan mencatat bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan.

Matawang Euro susut keparas terendah 1 minggu pada bacaan tukaran $ 1.174 setakat jam 11.50 p.m. Ketua strategi pasaran , Kar Schamotta mengulas bahwa zon Eropah telah kehilangan sedikit momentum dalam pertumbuhan dan dalam masa yang sama berhadapan dengan pergolakan dengan ekonomi global yang lain dan peningkatan jangkitan wabak Covid-19.

Disisi lain US dolar mengukuh setelah mencatat penyusutan 9 minggu berturut-turut. Pengukuhan US dolar bermula pada hari Rabu setelah minit mesyuarat the Fed walaupun nadanya lebih suram.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.320 dengan pengukuhan sebanyak 0.59% setakat jam 11.55 p.m.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat