Matawang Euro Melemah Berbanding Matawang Utama Yang Lain, Ini Sebabnya!

946

Matawang Euro mengalami kejatuhan yang agak besar sejak daripada pukul 6 petang Selasa disebabkan sentimen ekonomi di Jerman. Data sentimen ekonomi Jerman (ZEW) menjunam pada kadar besar pada Mac berikutan kebimbangan terhadap konflik perdagangan yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat.

Pair EUR/USD setakat pada pukul 8.40 malam telah jatuh sebanyak 0.40% atau 74 pip dari paras tertinggi yang dicapai pada Selasa.

Matawang Euro melemah selepas data sentimen ekonomi Jerman (ZEW) jatuh ke paras 5.1 daripada 17.8 sebelum ini. Ini adalah paras terendah sejak September 2016. Ia sememangnya satu kejatuhan yang besar sekaligus menekan matawang Euro pukul 6 petang tadi.

Kebimbangan terhadap perang perdagangan semakin meningkat apabila Presiden Trump mengenakan tariff import terhadap import keluli dan aluminium. Hal ini telah beberapa menyebabkan penurunan matawang Euro sejak dua minggu lalu dan tariff ini akan mula diguna pakai bermula pada hari Jumaat.

Bukan sahaja berbanding US dollar, matawang Euro juga melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain termasuk YEN, GBP, AUD, CAD, dan NZD.

Matawang Euro membuat kenaikan pada sesi dagangan Isnin berikutan laporan oleh Reuters tentang fokus terkini ahli-ahli European Central Bank (ECB). Ahli-ahli ECB dilihat telah mengalihkan fokus mereka daripada pembelian bon kepada jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat