Matawang Euro Menyusut, Harga Emas Mula Jatuh – Sesi Eropah

520

Pasaran Matawang

Matawang US dolar didagangkan kukuh berbanding matawang utama dalam sesi Eropah pada hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.23% kepada 90.35 setakat jam 05.20 p.m.

Matawang euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.21% kepada 1.2238.

Matawang euro mencapai paras tertinggi 3 tahun selepas bank pusat Eropah mengumumkan mengenani rangsangan kewangan. Namun sentimen isu tersebut tidak kekal lama menyebabkan matawang euro menyusut dalam sesi Eropah pada hari ini.

UK akan mengeluarkan laporan inflasi pada awal pagi Rabu nanti.

Pasaran Komoditi

Harga minyak brent jatuh daripada paras tertinggi $70 setong dalam sesi dagangan Eropah.

Harga minyak mentah US WTI naik sebanyak 0.02% kepada $64.31. Harga minyak Brent jatuh sebanyak 0.71% kepada $69.76 setong.

Pencapaian harga minyak $70 setong adalah pencapaian yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2014.Peningkatan harga ini didorong oleh peningkatan pemintaan dan usaha OPEC dan non-OPEC dalam mengurangkan pengeluaran minyak.

Harga emas mula menunjukkan kejatuhan dalam sesi eropah setakat jam 05.20 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat