Matawang Gergasi Seakan Kehilangan Tenaga Dalam Sesi Eropah

38

US Dollar didagang lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada Rabu menjelang penetapan kadar faedah oleh Fed yang dijadualkan akan berlangsung pada awal pagi ini.

US dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain menjunam sebanyak 0.25 peratus kepada 101.37.

Selain jangkaan peningkatan kadar, mesyauarat tersebut juga dikatakan bakal menjadi tumpuan pelabur bagi mendaptkan petunjuk terkini terhadap jangkaan kenaikan kadar bagi sepanjang tahun ini.

Pegawai-pegawai Fed sebelum meletakkan tiga kali unjuran kenaikan pada tahun 2017. Namun begitu, pengukuhan momentum inflasi dan kekuatan pasaran pekerjaan juga berpotensi menaikkan unjuran sehingga empat kali.

Berbanding matwang Yen, US Dollar didagang menjunam dengan USD/JPY menurun sehingga 0.07 peratus kepada 114.67.

USD/JPY, 30 minit

Bank of japan telah memulakan mesyuarat dasar dua hari lalu dan dijangka akan mengakhiri mesyuarat tersebut dengan mengekalkan dasar kewangahn sedia ada.

Selain itu, Euro didagang lebih tinggi dengan EUR/USD meningkat sebanyak 0.24 peratus sementara pelabur terus memantau perkembangan politik di Eropah.

Ada Sesuatu Yang Ganjil Berlaku di AS Sehingga Individu Yang Memfailkan Cukai Turun Mendadak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat