Matawang Kripto Aave (LEND) Melonjak 40% Selepas Terima Kelulusan UK FCA

169

Matawang kripto Aave, LEND merekodkan paras tertinggi terbaru selepas lonjakan melebihi 30% dalam tempoh 24 jam daripada $0.59 kepada $0.77$.

Pergerakan mendadak itu berlaku ketika Bitcoin (BTC) dan kebanyakan altcoin lain pamer prestasi menurun dan kehilangan momentum.

Perubahan terbaru itu nampaknya didorong oleh berita mengenai pinjaman kewangan dan protokol kredit utama yang menerima lesen Electronic Money Institution (EMI) oleh United Kingdom Financial Conduct Authority (FCA).

Untuk pengetahuan, menerusi perlesenan tersebut, Aave Limited layak untuk menawarkan sebarang urusan yang melibatkan e-money dan perkhidmatan pembayaran.

Buat masa sekarang, pengguna Aave hanya ditawarkan dengan perkhidmatan peminjaman aset digital tanpa melibatkan parti ketiga.

Kelulusan dari FCA sejajar dengan rancangan masa depan syarikat untuk protokol dan akan membawa lebih ramai rakan kerjasama menyertai ekosistem mereka.

Sebelum ini juga LEND menyaksikan lonjakan hampir 5,000% sejak awal 2020 ketika Aave melancarkan kertas cadangan Aavenomics, yang mana jika diluluskan oleh pemegang token, akan membawa kepada banyak perubahan seperti ganjaran untuk pemegang LEND.

Defi Pulse juga ada menunjukkan rekod protokol Aave yang mencapai jumlah nilai terkunci sebanyak $1.44 bilion, mengatasi Maker yang memiliki aset bernilai $1.42 bilion.

Walaupun LEND menyaksikan perubahan positif untuk beberapa minggu ini, majoriti matawang kripto sedang kembali kepada posisi asal seperti Bitcoin menyaksikan penyusutan harga serendah $11,400.

Penganalisa berpendapat “musim altcoin” bakal berakhir dan syarikat data aset digital, Santiment yakin Bitcoin akan kembali mendominasi semula seluruh pasaran kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat