Matawang Kripto AS$2 juta Dirampas

403

Amerika Syarikat (AS) berjaya mematahkan cubaan beberapa kumpulan militan yang mengutip ‘sumbangan’ menerusi matawang kripto.

Lapor BBC, kumpulan militan yang terbabit dalam kegiatan tersebut adalah briged al-Qassam, al-Qaeda dan pengganas Daesh.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman AS semalam, matawang kripto sebanyak AS$2 juta berjaya dirampas.

Tambah kenyataan itu, beratus akaun matawang kripto, empat laman web dan empat akaun Facebook turut dirampas.

Jelas kenyataan tersebut, al-Qassam menggunakan media sosial dan laman web rasminya untuk mengutip ‘sumbangan’ dalam bentuk Bitcoin.

Sementara itu, al-Qaeda yang berpangkalan di Syria, memohon sumbangan untuk membeli senjata dengan menggunakan platform aplikasi Telegram.

Dalam pada itu, Daesh pula menjual peralatan pelindung peribadi Covid-19 palsu menerusi laman web dan Facebook untuk mendapatkan ‘dana’.

Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap rakyat Amerika yang menyumbang kepada kesemua kumpulan terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat