Matawang NZD Lemah Dengan Rundingan Membentuk Kerajaan Semakin Rancak

53

Matawang New Zealand jatuh ke paras terendah empat bulan lalu awal pagi ini selepas keputusan undian khas untuk pilihan raya tahun ini yang diumumkan 2 hari lalu berakhir tanpa pemenang yang jelas.

Parti First New Zeland kekal sebagai parti yang menentukan masa depan parti Nasional selepas parti kerajaan tersebut gagal membawa pulang kerusi majoriti dalam keputusan pilihan raya 23 September lalu.

Parti Nasional memilik 56 kerusi, manakala parti Buruh dan Hijau kedua-duanya mempunyai 54 kerusi, menjadikan pari NZ First yang memenangi 9 kerusi sebagai penentu majoriti di parlimen berdasarkan sistem perwakilan di New Zealand.

Ketua strategi NZ di Westpac, Imre Speizer berkata dalam notanya, “Hala tuju NZ First masih tidak jelas, dan masih belum diketahui bilakah waktu mereka akan umumkan pendirian mereka.”

Oleh itu, ketidakpastian dalam pilihan raya akan terus menekan pasaran NZD sehingga perlembagaan kerajaan diumumkan.

NZ dolar jatuh 0.16% berbanding USD kepada $0.7077 paras terendah sejak Jun yang lalu, manakala NZD/JPY pula susut 0.23% kepada ¥79.67 pada jam 10.30 pagi.

Parti NZ First akan meneruskan perbincangan bersama kedua-dua parti Buruh dan Nasional hari ini dengan jangkaan mereka akan umumkan pemilihan tersebut pada 12 Oktober hari Khamis.

Perdana Menteri dan juga Ketua Parti Nasional, Bill English berkata pada hujung minggu lalu bahawa rundingan akan fokus kepada ekonomi yang menjadi keutamaan beliau dalam rancangan ekonomi perdagangan bebas.

Namun begitu hal ini sedikit bertentangan dengan matlamat parti Buruh dan NZ First yang lebih memberi tumpuan kepada mengekang kemasukan pendatang asing, melakukan rundingan semula terhadap beberapa perjanjian dagangan serta mengubah peranan bank pusat.

Sumber: Newshub NZ
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat