Matawang Pound Dan Euro Tertekan, USD Terus Pertahankan Pengukuhan

535

Matawang pound memperlihatkan penurunan berbanding USD pada dagangan sesi Eropah dengan perhatian terus tertumpu kepada perkembangan terbaru dalam pilihan raya UK.

Kehangatan pilihan raya UK kian terasa apabila pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn menyerang PM UK Boris Johnson dengan bukti salinan dokumen pembacaan penuh mengenai rundingan dagangan UK dan AS yang menunjukkan PM Johnson cuba menjual kepentingan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK (NHS) kepada Presiden AS Donald Trump.

Tuduhan itu kemudian dinafikan sekerasnya oleh PM Johnson dengan menyatakan rundingan dagangnya akan terbatal jika Donald Trump mahu melibatkan kepentingan NHS dalam rundingan tersebut.

Jangkaan pasaran terhadap kemenangan Parti Konservatif telah menyokong dagangan pound untuk diniagakan di paras tertinggi. Bagaimanapun, dengan berbaki dua minggu sahaja lagi, situasi tersebut boleh berubah dan ini telah menyumbang kepada ketidakpastian yang menyebabkan pergerakan pound terbatas.

Sementara itu, matawang euro diniagakan menyusut menghampiri paras terendah bulanan pada sesi dagangan Eropah walaupun dengan data pekerjaan Jerman menunjukkan catatan lebih baik daripada yang dijangkakan.

Kadar pengangguran di Jerman kekal tidak berubah pada 5%, tetapi mencatatkan pengurangan dalam bilangan penganggur sebanyak 16, 000 berbanding jangkaan pasaran yang mengunjurkannya akan meningkat sebanyak 5, 000.

Selain itu, dolar USD terus mempertahankan kedudukannya di tengah-tengah kebimbangan terhadap ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan China selepas ia digugat oleh tindakan Donald Trump yang mencentuskan maran tindak balas daripada China.

Matawang USD dilihat mula menunjukkan sedikit peningkatan berbanding safe-haven yen selepas diniagakan mendatar sepanjang sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat