Matawang US Dolar Dan Pound Kekal Lemah Sehingga Penghujung Minggu

323

Dolar Amerika menyusut berbanding yen pada sesi Asia menjelang penerbitan data pertumbuhan GDP malam ini, dengan sentimen perdagangan masih menjadi pemacu utama pergerakan matawang. Laporan terbaru Federal Reserve Philadelphia menunjukkan indeks pembuatan jatuh ke 0.3 pada bulan Disember dari 10.4 yang dicatatkan pada bulan lalu.

Dagangan loonie kembali susut selepas kenyataan Senator Amerika Syarikat, Bernie Sanders menyatakan beliau tidak akan mengundi untuk meluluskan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada (USMCA) yang sebelum ini telah diluluskan di Dewan Perwakilan AS pagi tadi.

Matawang pound terus diniagakan lemah pada sesi Asia dengan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai sama ada perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK boleh diselesaikan sebelum akhir tahun 2020 untuk mengelakkan no-deal Brexit.

Hari ini, PM Johnson akan menyerahkan Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran ke parlimen dan dijangka bakal mendapat kelulusan mudah selepas kemenangannya dalam pilihan raya baru-baru ini.

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat Disember dan memberitahu ia terlalu awal untuk menilai bagaimana impak kemenangan pilihan raya PM UK Boris Johnson telah meningkatkan ketidakpastian Brexit terhadap ekonomi negara itu.

Dua daripada sembilan ahli Jawatankuasa Polisi Monetari (MPC) mengundi untuk mengurangkan kadar faedah untuk bulan kedua berturut-turut, didorong oleh kebimbangan pasaran pekerjaan negara yang semakin merosot.

Sementara 7 ahli lain pula mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat menjelang mesyuarat seterusnya pada 31 Januari dan berpendapat ia terlalu cepat untuk mengambil tindakan kerana pertumbuhan ekonomi dijangka pulih pada awal 2020 berikutan ketidakpastian Brexit yang semakin berkurang.

Di sisi lain, matawang dolar Aussie dan New Zealand terus diniagakan tinggi masih disokong oleh penerbitan data ekonomi semalam yang lebih baik dari jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat