Matawang US Dolar Menyusut Berbanding Euro, Harga Minyak WTI Terus Jatuh – Sesi Asia

500

Pasaran Matawang

Matawang US dolar jatuh berbanding matawang Euro pada hari Jumaat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.07% kepada 91.60 setakat jam 10.15 a.m.

Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.11% kepada 1.2045.

Pengukuhan matawang Euro didorong oleh tindakan bank pusat Eropah yang memberi isyarat untuk menamatkan program rangsangan kewangang lebih awal.

Namun US dolar mengukuh berbanding matwang yen sebanyak 0.02% kepada 111.29.

Pasaran Komoditi

Harga minyak WTI meneruskan kejatuhan semalam selepas mencapai paras tertinggi sejak Disember 2014 pada hari Khamis.

Harga minyak WTI jatuh di sekitar $63.62 setong dan Brent naik kepada $69.28 setong setakat pukul 10.15 a.m.

Menurut penganalisis, fudamental pasaran tahun 2018 adalah kukuh berikutan usahan OPEC dan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Harga emas meningkat dalam sesi dagangan Asia sebanyak 0.19% kepada 1,325.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat