Matawang Yen Sambut Baik Keputusan BOJ

265

Bank of Japan (BOJ) menetapkan dasar monetarinya tidak berubah pada mesyuarat polisi yang diadakan pada sesi Asia hari ini, seperti dijangkakan secara meluas oleh pasaran.

Bank pusat itu tidak mengubah sasarannya untuk kadar faedah jangka pendek pada tahap terendah -0.10% dan hasil bon kerajaan 10 tahun sekitar 0%.

Selain itu, ia juga menurunkan unjuran ekonominya untuk tahun semasa yang berakhir pada bulan Mac kepada penguncupan 5.6% daripada ramalan sebelum ini untuk penurunan 5.5%.

Sementara itu, BOJ juga menyemak semula unjuran ekonominya untuk tahun fiskal berikutnya, menandakan bahawa ia telah memberikan rangsangan yang cukup buat masa ini untuk menangani impak pandemik Covid-19.

Dalam unjuran suku tahunan terbaru, bank pusat itu meningkatkan ramalan pertumbuhan tahun fiskal berikutnya berdasarkan optimisme terhadap eksport yang kukuh dan pakej perbelanjaan besar kerajaan akan menyokong ekonomi.

Walau bagaimanapun, ia turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko terhadap prospek berikutan keadaan darurat baru yang dilancarkan bulan ini akan menjejaskan penggunaan.

Menurut BOJ, unjuran boleh berubah kerana ketidakpastian yang tinggi dan ini bergantung kepada perkembangan mengenai pandemik dan bagaimana mereka mempengaruhi ekonomi tempatan dan luar negara.

Dagangan yen Jepun kekal menguat di sekitar paras ketinggian 2 minggu berbanding US dolar susulan keputusan BOJ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat