MATIC Sedia Meroket Ke Bulan – Catat Prestasi Memberangsangkan!

1,182

Tumpuan semula terhadap matawang kripto kepada pelabur-pelabur kali ini menggembirakan setelah kembali pulih setelah beberapa minggu lalu daripada pembetulan harga.

Polygon sebelumnya (Matic Network) adalah platform pertama yang berstruktur dengan baik dan mudah digunakan untuk penskalaan Ethereum dan pembangunan infrastruktur.

Harga Matic telah menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding minggu lalu setelah berjaya melepasi julat harga $1.20. Walaupun begitu, Matic masih lagi memerlukan peningkatan harga 1 kali ganda unutk menyentuh paras tertinggi yang dikecapi sebelum ini.

Sejak mula menunjukkan peningkatan daripada harga terendah iaitu $0.62, harga berada dalam trend kenaikan yang sangat stabil. Pergerakan aliran harga telah menunjukkan trend yang meningkat.

Untuk mendorong harga Matic melonjak lebih tinggi, ia mesti melepasi paras rintangan utama pada $ 1.40- $ 1.45. Sekiranya berjaya, Matic berkemungkinan besar melonjak naik melebihi paras harga $1.50.

Semasa penulisan Matic didagangkan pada paras harga $1.41 seunit dan akan mencuba lagi untuk melepasi paras rintangan. Sekiranya sentimen tidak memihak maka terdapat kebarangkalian harga Matic akan jatuh kkepada paras sokongan $ 1.19- $ 1.24.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat