Maybank Lantik Pengerusi Wanita Pertama Dalam Sejarah Penubuhan

198

Datuk Mohaiyani Shamsudin akan menjadi wanita pertama yang akan mengemudi Malayan Banking Bhd (Maybank) bermula pada 1 April 2017 ini, menggantikan Pengerusi Maybank semasa iaitu Tan sri Megat Zaharuddin Megat Mohd.

Mohaiyani yang menjadi pengarah Maybank sejak Ogos 2011 yang juga berkhidmatan sebagai ahli jawatankuasa lembaga dalam Jawatankuasa Pengurusan Risiko.

Sebelum penglibatan beliau di Maybank, Mohaiyani berkhidmat di Amanah Chase Merchant Bank Bhd dan Seagrott & Campbell Sdn Bhd sebelum memulakan syarikat broker saham beliau sendiri pada 1985.

Sepanjang penglibatan aktif dalam industri broker saham, beliau pernah dilantik sebagai timbalan pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Bhd) dan Pengerusi Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia.

Mohaiyani kini berkhidmat sebagai Pengerusi di Bank Pelaburan Maybank dan juga Kim Eng Holdings Ltd.

Memetik dari Malaysiakini, Datuk Abdul Farid mengatakan, pelantikan Mohaiyani sebagai pengerusi merupakan petanda baik bagi Maybank dan akan memastikan kesinambungan di pihak lembaga, memandangkan beliau berkhidmat sebagai pengarah Maybank selama lebih lima tahun.

“Mohaiyani mempunyai kerjaya menarik dan pengalaman yang luas bukan sahaja dalam industri perkhidmatan kewangan tetapi juga dalam perkhidmatan awam.”

“Sebagai ahli lembaga pengarah semasa, beliau sudah meninjau semua aspek kumpulan ini dan kami yakin beliau akan menerajui Maybank dengan berkesan dengan jawatan baru tersebut,” jelasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat