McConnell Henti Bantuan Faedah Pengangguran, Tiada Lagi Rangsangan Fiskal Untuk AS?

295

Pemimpin Majoriti Senat Amerika Syarikat, Mitch McConnell memberitahu pada hari Rabu, bahawa pemberian faedah pengangguran yang diluluskan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan benilai $2.2 trilion pada Mac lalu, tidak akan diteruskan lagi dalam pakej seterusnya.

McConnell memberitahu House Republicans mengenai perkara tersebut melalui satu panggilan telefon, dengan mengatakan bahawa beliau sedia untuk menangguhkan bantuan fasa keempat untuk melihat dahulu keberhasilan daripada pakej rangsangan yang telah diluluskan sebelum ini.

Sebagai sebahagian dari pakej rangsangan yang diluluskan pada Mac, Kongres telah meningkatkan faedah pengangguran dengan penambahan $600 seminggu yang berkuatkuasa selama empat bulan.

Bantuan faedah pengangguran itu kemudiannya dilanjutkan sehingga 31 Januari 2021, setelah Kongres meluluskan rang undang-undang pakej rangsangan seterusnya yang bernilai hampir $3 trilion pada minggu lalu.

Peruntukan tersebut, bagaimanapun telah mencetuskan reaksi berbeza daripada Senat Republikan yang bimbang bahawa ia akan mengakibatkan lebih banyak pengangguran di negara itu.

Dalam pada itu, Pegawai Republikan AS, Don Beyer menyatakan tentangannya terhadap tindakan McConnell dengan memberi amaran bahawa pengurangan dalam bantuan terhadap pengangguran boleh mengakibatkan impak yang besar kepada AS.

Terdahulu, Mitch McConnel telah memberitahu dalam satu kenyataan bahawa Senat AS akan menunggu beberapa minggu untuk membuat keputusan meluluskan rang undang-undang rangsangan fasa keempat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat