Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell menyekat usaha Demokrat untuk tindakan segera bagi meningkatkan pembayaran rangsangan kepada rakyat Amerika dengan tambahan sebanyak $1,400.
McConnell membantah usul yang dicadangkan Pemimpin Minoriti, Chuck Schumer untuk menyetujui dengan sebulat suara rang undang-undang bantuan cek yang telah diluluskan oleh Dewan perwakilan pada hari Selasa.
Beliau juga menyekat usul Senator Bernie Sanders untuk mengundi rang undang-undang tersebut dan melaksanakannya dengan segera.
McConnell kemudiannya memperkenalkan rang undang-undang yang menggabungkan pembayaran rangsangan tambahan, dan tuntutan Presiden Donald Trump untuk pencabutan perlindungan undang-undang ke atas syarikat media sosial serta penyiasatan terhadap tuduhan penipuan pilihan raya.
Menurut McConnell, Senat akan mempertimbangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan pembayaran rangsangan bersama dengan tuntutan lain dari Presiden Trump.
Tindakan terbaru McConnell itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati buat Trump. Dalam satu ciapan di laman twitternya, Trump mengatakan bahawa para pembuat dasar harus melancarkan pembayaran rangsangan lebih besar secepatnya.
Trump juga menggesa supaya Senat memenuhi permintaannya mengenai isu pilihan raya dan syarikat teknologi.