McGregor Mahu ‘Repeat’ Selepas Kalah Kepada Nurmanogedov

1,541

Ramai yang telah maklum dengan kemenangan Khabib Nurmanogedov terhadap lawannya McGregor dalam pertandingan seni bela diri campuran (MMA), Ultimate Fighting Championship (UFC) pada Ahad.

Conor McGregor yang berasal dari Ireland kalah di pusingan keempat melalui submission oleh Nurmanogedov.

Sudah tentu ramai yang terkejut dengan kekalahan McGregor, tetapi rekod yang dipegang sebelum perlawanan itu oleh Nurmanogedov juga tidak boleh dipandang enteng. Beliau memegang rekod 26-0 perlawanan tanpa kalah dan dengan kekalahan McGregor, kini rekod itu bertambah menjadi 27-0.

Walaubagaimanapun, pertarungan semalam sedikit tercemar dengan tindakan peninju Dagestan itu yang meluru menyerang kem McGregor. Ternyata Nurmanogedov tidak dapat menyembunyikan dendamnya kerana tindakan melampau McGregor terhadapnya sejak beberapa bulan yang lepas termasuk menghina agama dengan menawarkan arak, dan menghina peninju muslim itu sebagai pengganas.

Dalam perkembangan terbaru, laporan menunjukkan bahawa Conor Mcgregor mahukan perlawanan ulangan.

Bercakap melalui Twitternya, McGregor seperti mahu membalas dendam terhadap kekalahannya.

“Pukulan yang bagus. Tak sabar menanti perlawanan ulangan,” demikian katanya.

Nurmanogedov sentiasa tenang berhadapan dengan McGregor seorang peninju handal. Jelas kita lihat sikap tenang beliau dalam sidang media yang dijalankan sebelum perlawanan di mana Nurmanogedov tenang berhadapan dengan provokasi oleh McGregor walaupun melibatkan soal agamanya. Betullah ungkapan ‘Orang tenang selalu menang!’

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat