MCSB Lupus 37.81% Ekuiti dalam EPGL

148

Mulpha Credit Sdn Bhd (MCSB) telah memeterai transaksi bertujuan melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Education Perfect Group Limited (EPGL) dari New Zealand.

MCSB adalah anak syarikat milik penuh tidak langsung Mulpha International Bhd (Mulpha).

Mulpha dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata, pelupusan itu mewakili keseluruhan 37.81% kepentingan dalam EPGL bernilai NZ$455 juta atau kira-kira RM1.31 bilion.

Cadangan pelupusan pelaburan MCSB dalam EPGL selepas tempoh pegangan selama 3.5 tahun akan mengukuhkan kedudukan aliran tunai kumpulan dan sejajar dengan strategi serta falsafah pelaburan kumpulan berkenaan.

”Nilai transaksi telah dicapai secara bersama antara penjual dan pembeli melalui rundingan terus, selepas proses bidaan yang kompetitif, dengan pembeli mengambil kira pendapatan perniagaan semasa dan akan datang.

”Pelupusan itu, tidak termasuk peruntukan peroleh keluar, dijangka menyebabkan keuntungan bersih kira-kira NZ$146.22 juta atau lebih kurang RM422.50 juta, selepas menolak semua kos sampingan berkaitan cadangan pelupusan tersebut,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat