“Macam mana geng XRP Army semua? Pegang lagi XRP tak atau dah jual semua?”
Influencer dan penyokong tegar Bitcoin (BTC) popular, Crypto Rover yang melabur $250,000 dalam Ripple (XRP) sejak beberapa minggu lalu sungguh percaya ia adalah antara mata wang kripto yang harus dipegang untuk situasi pasaran bull run seterusnya.
Walaupun pertempuran undang-undang antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih belum capai keputusan, beliau yakin pelabur akan FOMO apabila kemenangan berpihak kepada XRP.
Umum mengetahui bahawa XRP telah mengkritik SEC susulan kekurangan panduan jelas sambil menegaskan pertempuran undang-undang berterusan tersebut telah menjejaskan pemegang aset digital itu serta menyekat inovasi dalam pasaran kripto.
Baru-baru ini, David Schwartz iaitu Ketua Pegawai Teknologi (CTO) XRP telah menambah beberapa kejelasan mengenai litigasi, di mana ia letakkan dua senario hipotesis sebagai tindak balas kepada dakwaan daripada SEC.
Sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XRP Brad Garlinghouse mengambil pendirian tegas terhadap SEC dengan menuduh pengawal selia menyebarkan kekeliruan dan menyekat inovasi dalam pasaran kripto.
Bagaimanapun, suka dimaklumkan komuniti XRP semakin bersemangat apabila Crypto Rover bukan sahaja menunjukkan sokongannya terhadap aset digital tersebut malah berkata bahawa melabur dalam XRP adalah peluang seumur hidup.
Sehingga berita ini ditulis, harga XRP mencatatkan junaman sedikit sekitar 3.77% pada paras $0.49 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $25 bilion tetapi melonjak sebanyak 3.09% sepanjang minggu lepas.