Melepaslah Nak Beli Emas Macam Ni, Harga Dah Naik Balik!

784

Harapan yang diperbaharui terhadap langkah rangsangan coronavirus baru telah menyokong kebangkitan semula harga emas dari paras terendah lima bulan untuk diniagakan menguat pada hari ini.

Pasaran menyambut baik berita menggembirakan daripada pentadbiran Amerika Syarikat selepas pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell mencadangkan langkah rangsangan $1.4 trilion pada hari Selasa.

Bukan itu sahaja, malah, sekumpulan penggubal undang-undang bipartisan AS turut mengusulkan rancangkan bantuan coronavirus yang bernilai kira-kira $908 bilion.

Walaupun masih tidak jelas sama ada rancangan-rancangan tersebut akan diluluskan atau tidak, tetapi pasaran tetap mengharapkan bantuan rangsangan akan dilancarkan untuk membantu menyokong ekonomi AS sementara menantikan kelulusan penggunaan vaksin.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang memberi keterangan di hadapan Senat, turut menggesa pembuat dasar supaya segera meluluskan bantuan rangsangan baru.

Pada pembukaan sesi Eropah, emas diperdagangkan meningkat pada $1,814 per auns, sementara niaga hadapan emas pula stabil pada $1,818 per auns (3.50 petang waktu Malaysia).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat