Berita Dari AS Ini Pasti Gembirakan Pasaran!

1,322

Pasaran menyambut baik cadangan terbaru daripada Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell yang mencadangkan langkah rangsangan  $1.4 trilion yang perlu diluluskan segera untuk menghentikan penutupan coronavirus oleh kerajaan.

Munculnya rancangan baru untuk bantuan pandemik, menunjukkan perkembangan baik dalam usaha pentadbiran AS setelah berbulan-bulan mengadakan perbincangan untuk melancarkan pakej rangsangan coronavirus.

Sementara itu, pada masa yang sama, sekumpulan penggubal undang-undang bipartisan turut memperkenalkan bantuan coronavirus yang benilai kira-kira $908 bilion pada hari Selasa, bertujuan untuk menghentikan kebuntuan antara Republikan dan Demokrat dalam perbincangan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, rancangan ini telah ditolak oleh McConnell yang mengatakan tiada gunanya meluluskan undang-undang yang tidak akan ditandatangani oleh Presiden Donald Trump dan masa semakin suntuk sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada 20 Januari.

Oleh sebab itu, McConnell mencadangkan langkah rangsangan yang boleh diluluskan dengan cepat dan sedang berusaha untuk meraih sokongan dari majoriti Republikan di Senat sebelum secara terbuka melancarkan rancangannya.

Dalam pada itu, secara berasingan, Presiden terpilih Joe Biden meminta Kongres untuk memberikan pakej bantuan yang besar untuk menangani krisis ekonomi yang dijejaskan oleh Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat