“Setiap hari ada je memecoin baru keluar, boleh percaya ke ni?”
Susulan semakin raih populariti, memecoin sekali lagi menjadi tumpuan di kalangan komuniti mata wang kripto apabila munculnya Wall Street Memes (WSM) sehingga menyebabkan pelabur berpusu-pusu membelinya.
Menerusi pemerhatian, pelabur sungguh percaya mengambil posisi kemasukan awal dapat membuka peluang mereka untuk menjana keuntungan sebanyak $1 juta ataupun lebih lagi, oleh itu pelabur tidak mahu melepaskan peluang untuk beli WSM yang mungkin akan meningkat tinggi.
Suka dimaklumkan pelabur mampu mengumpul 33,900 WSM jika melabur $1,000 ekoran kini harganya berada pada $0.0295 sementara memecoin tersebut turut didapati berada di peringkat 16 prajualan pada masa ini.
Sekiranya ingin memperoleh keuntungan $1 juta melalui pelaburan $1,000, WSM harus mencecah $29.50 terlebih dahulu tetapi perlu diketahui perjalanannya untuk ke paras tertinggi itu adalah agak sukar.
Bagaimanapun jika WSM berjaya menembusi paras tersebut, maka ia menunjukkan bahawa pulangan pelaburan (ROI) memecoin itu melonjak sebanyak 100,000% dan situasi berikut bukanlah mustahil kerana segelintir memecoin juga dapat memecahkan ROI mereka.
Meskipun begitu, tiada jaminan WSM dapat memuncak 100,000% dalam jangka masa pendek mahupun panjang susulan ia juga masih belum disenaraikan dalam bursa kripto, oleh itu pelabur dinasihatkan untuk buat kajian menyeluruh terlebih dahulu sebelum membelinya.
Hal ini kerana beribu-ribu memecoin yang muncul selepas tahun 2021 telah mengalami keruntuhan drastik apabila sebahagiannya tergelincir hampir 90% ataupun lebih banyak daripada paras tertinggi sepanjang masa mereka.