“Wow banyak juga negara yang dah sertai CBDC, agaknya Malaysia termasuk tak?”
Menerusi analisis dijalankan oleh Atlantic Council, 130 negara dilaporkan sedang meneroka mata wang digital bank pusat (CBDC) tetapi 11 negara termasuk China telah berjaya melancarkan sepenuhnya.
Selain menjangkakan 95 daerah menyertai perlumbaan CBDC dalam tempoh tiga tahun lalu, 130 negara kini seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan United Kingdom (UK) telah memperkenalkan beberapa program.
Kemudian, 46 negara pada masa ini berada dalam fasa penyelidikan manakala 21 pula melancarkan ujian perintis.
Suka dimaklumkan hampir setiap negara G20 telah melabur dalam projek CBDC sejak enam bulan lalu tetapi China, Nigeria, Bahamas, Jamaica serta pulau-pulau Caribbean lain adalah antara negara paling berazam yang ingin mengeluarkan CBDC.
Pihak berkuasa China memperkenalkan beberapa inisiatif bagi mempopularkan yuan digital dan bandar tempatan utama seperti Shenzhen, Jinan serta Lianungan pula yang berhasrat menggalakkan penggunaan CBDC telah menawarkan pelbagai aktiviti untuk Festival Musim Bunga tahun ini.
Memang tidak dinafikan perkembangan CBDC runcit di Amerika Syarikat (AS) telah terhenti, tetapi ekonomi terbesar dunia tersebut bergerak ke hadapan dengan CBDC borong* manakala Jepun dan UK sedang berunding dengan ramai orang berhubung pengeluaran CBDC akhirnya.
*Menyelesaikan urus niaga kewangan borong (bernilai besar), seperti pindahan antara bank dan urus niaga sekuriti
Bank Pusat Eropah (ECB) juga berhasrat memperkenalkan euro digital sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk penyelesaian pembayaran luas digunakan dalam perdagangan online ataupun offline.
Dalam pada itu, Brazil dan India ingin melancarkan CBDC mereka pada tahun depan sementara Banco Central do Brasil beri kuasa kepada Mercado Bitcoin , firm pembrokeran Genial serta lain-lain untuk mengambil bahagian dalam projek itu.
Secara ringkasnya, Atlantic Council sungguh percaya CBDC mampu beri pelbagai manfaat seperti menyediakan akses wang kepada penduduk yang tidak mempunyai perbankan, meningkatkan kecekapan penyelesaian dan yuran transaksi yang lebih rendah.