Menampilkan Cip NFT, Apple Watch Dihiasi 400 Berlian!

163

“Uishhh mesti mahal berlian tu, kalau tercabut satu agaknya berapa la harganya.”

Jenama La Maison Steel akhirnya berjaya mengeluarkan koleksi cuffs Apple Watch mewah dipanggil SmrtKuffs yang mempunyai cip non-fungible token (NFT) disambungkan ke NFT Polygon semasa Minggu Paris Haute Couture.

Diperjelaskan lebih terperinci, SmrtKuffs yang bermula dari harga $290 akan menggabungkan ketukangan dunia lama dengan teknologi Web3 untuk memerangi isu barangan palsu dan memperkenalkan blockchain kepada masyarakat.

Dihasilkan daripada kulit Perancis kepada versi perhiasan mewah, SmrtKuffs bakal menawarkan pelbagai pilihan menarik seperti cuffs edisi terhad dihiasi dengan 400 berlian sementara cuffs akan menempatkan Apple Watch di bawah pergelangan tangan.

Selain versi kulit eksotik disertakan pasport digital akan menampilkan pensijilan CITES, suka dimaklumkan cip NFT tersebut dapat membenarkan pengguna mengakses ID digital dan maklumat NFT pada rangkaian penskalaan Ethereum serta Polygon.

Menurut Nicole Steel, pengasas La Maison Steel berkata bahawa tindakan dilakukannya itu bukan sahaja bertujuan untuk menangani pemalsuan malah memanfaatkan teknologi blockchain.

Oleh demikian, Steel menyasarkan pemilik Apple Watch susulan ID digital serasi dengan Apple Wallet dan memberikan peralihan yang lancar.

Jadi di sini dapat dilihat SmrtKuffs dapat menawarkan keanggunan, keselamatan dan keaslian melalui NFT apabila luxury dan Web3 bergabung seterusnya mengambangkan lagi masa depan fesyen dalam dunia Web3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat