Menanti Data Tumpuan Malam Ini, Ke Mana Arah USD?

550

US dolar sedikit meningkat apabila pasaran memasuki sesi Eropah dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada terbitan data inflasi pengeluar dan jualan runcit Amerika Syarikat.

Terdahulu, data inflasi pengguna telah dikeluarkan dan bacaan menunjukkan harga pengguna AS meningkat 6.0% pada bulan Februari daripada 6.4% sebelumnya.

Sejajar dengan ketidakpastian yang dicetuskan oleh krisis perbankan AS dan inflasi yang dilihat masih tinggi, pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi minggu depan daripada jangkaan 50 mata asas sebelum ini.

Laporan inflasi pengeluar dan jualan runcit yang akan dikeluarkan malam ini dijangka akan memberi petunjuk lebih jelas untuk laluan dasar Fed seterusnya.

Dalam pada itu, euro turut menjadi tumpuan pelabur menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada hari Khamis.

Mata wang itu didagangkan sedikit susut pada sesi Eropah tetapi masih berada di sekitar paras tertinggi 4 minggu berbanding US dolar.

Sementara mata wang pound pula diniagakan mendatar walaupun data pekerjaan UK yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan tanda-tanda pasaran buruh yang ketat semakin berkurang.

Di sisi lain, mata wang antipodean dolar Aussie dan New Zealand mencatatkan kemerosotan selepas data inflasi dari China gagal menggerakkan kedua-dua mata wang itu.

Sesi Asia hari Khamis akan menjadi tumpuan utama buat pelabur dolar Aussie dan New Zealand dengan pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) New Zealand dan laporan pekerjaan Australia.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat