Menarik! Dua Kaunter Ini Dijangka Peroleh Perhatian Di Bursa

466

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan hari ini selaras dengan pasaran serantau yang mencatat kenaikan pada semalam selepas pelabur memberi tumpuan terhadap laporan pekerjaan AS diterbitkan pada Jumaat lalu.

Ekoran daripada itu, penerbitan data tersebut dijangka akan memberi pandangan bahawa Federal Reserve bakal menangguhkan lagi langkah pengetatan polisi dengan kebimbangan terhadap pasaran buruh.

Setakat 10.17 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.78 mata menjadi 1,582.37 berbanding 1,581.59 ketika ditutup pada Isnin.

Bernama melaporkan indeks utama itu dibuka 0.16 mata lebih baik kepada 1,581.75.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 260 daripada 129, manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,512 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 278.93 juta unit bernilai RM109.51 juta.

Malacca Securities berkata dengan jumlah jangkitan harian Covid-19 yang kian catat penurunan, ia berkemungkinan akan memacu tumpuan pada sektor pemulihan secara menyeluruh.

Ia juga ditambah dengan perbincangan yang ketika ini sedang diperincikan mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan bagi menghadapi fasa endemik Covid-19.

Harga komoditi, minyak sawit mentah (MSM) meningkat dan harga aluminium juga melonjak berikutan kebimbangan yang tercetus mengenai bekalan bahan mentah akibat rampasan kuasa di Guinea.

Susulan daripada faktor itu, kaunter bahan binaan dan kaunter ladang dijangka akan memperoleh tumpuan dek kerana harga aluminium dan harga CPO yang lebih tinggi ketika ini.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM8.34, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.13 manakala TNB jatuh empat sen kepada RM10.30.

Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.09 dan RM6.35.

Bagi saham aktif, KNM naik 1.5 sen kepada 30.5 sen, GIIB Holdings melonjak 4.5 sen kepada lima sen dan TFP Solutions meningkat satu sen kepada 24 sen.

Di papan indeks, FBMT 100 naik 13.90 mata kepada 11,286.38, FBM 70 meningkat 20.83 mata kepada 15,224.58 dan FBM ACE ‘meroket’ 42.30 mata kepada 7,317.88.

Indeks FBM Emas menokok 13.60 mata kepada 11,594.45 dan FBM Emas Shariah melonjak 18.60 mata menjadi 12,693.55.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.24 mata kepada 15,488.46, indeks Perladagangan melonjak 7.29 mata kepada 6,633.0 dan indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.80 mata kepada 200.91.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat