Menarilah Dan Terus Tertawa Walau Pasaran Tak Seindah Rupa

212

Pergerakan ekuiti memperlihatkan sejumlah indeks utama seluruh dunia mencatat keuntungan yang didorong oleh saham pertumbuhan gergasi Amerika Syarikat (AS) tatkala hasil Perbendaharaan merosot menjelang Simposium Jackson Hole.

Penantian pelabur untuk dengarkan pegumuman Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai perlaksanaan dasar pengetatan dalam mengawal inflasi akan terjawab pada lewat sesi malam ini waktu tempatan.

Mencerap situasi, terdapat 2 kemungkinan perlaksanaan kenaikan kadar faedah iaitu sebanyak 50 mata asas ataupun 75 mata asas yang bakal ditentukan Powell pada Simposium Jack Hole nanti.

Rentetan itu, Wall Street ditutup ‘segar menghijau’ dengan Dow Jones naik 0.98% pada 33,291.78, S&P 500 capai 1.41% pada 4,199.12 dan Nasdaq Composite tambah 1.67% pada 12,639.27.

Pada zon Eropah, indeks STOXX naik 0.30 sementara prestasi cemerlang saham AS mendorong tolok MSCI saham seluruh dunia canak 1.26%.

Rantau Asia pula Nikkei 225 Jepun naik 0.81%, Topix tambah 0.45% sementara Kospi Korea Selatan maju 0.53% dan Kosdaq raih 0.49%.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun didagangkan tinggi 0.13%.

Di sisi berbeza, penanda aras hasil nota 10 AS turun 6.7 mata asas pada 3.037%.

Aliran mata wang menyaksikan greenback susut 0.2% berbanding sejumlah lain dengan Euro naik 0.05% pada $0.9974.

Bagi komoditi, harga minyak diniagakan susut apabila terdapat kemungkinan pasaran global bagi eksport minyak Iran disekat selain faktor kenaikan kadar.

Atas sebab tersebut minyak mentah Brent jatuh $1.88 pada $99.34 sementara minyak WTI hilang $2.37% pada $92.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat