Mengapa NZD Tetap Menguat Walaupun RBNZ Bernada Dovish?

281

Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), Adrian Orr menyatakan kesediaannya untuk melonggarkan dasar monetari seperti yang diperlukan dan tekad untuk mengatasi kadar inflasi yang lemah.

Dalam ucapan terbaru beliau, Gabenor Orr memberitahu bahawa bank pusat kini sedang berusaha dalam menyiapkan pakej alat dasar monetari tambahan untuk digunakan jika diperlukan.

Antara instrumen yang terangkum dalam pakej yang sedang diusahakan itu adalah kadar faedah negatif, pelonggaran kuantitatif lebih lanjut termasuk pembelian aset domestik dan asing dalam skala besar, pemberian pinjaman terus ke bank dan panduan ke depan mengenai apa yang perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.

Menurut Orr, langkah ini adalah bagi memastikan bahawa dasar kewangan akan tetap berkesan dan beroperasi tanpa mengambil risiko yang tidak perlu.

Walaupun kadar faedah yang rendah boleh menyebabkan pengambilan risiko yang tidak perlu dan menimbulkan risiko kestabilan kewangan, Orr yakin bahawa dengan ini adalah yang terbaik dalam usaha menangani inflasi yang rendah dan pengangguran yang tinggi secara berterusan.

Walaupun ucapan Gabenor Orr kali ini lebih bernada dovish, namun dagangan matawang New Zealand tetap didagangkan mengukuh menghampiri paras ketinggian sejak Julai 2019 berbanding US dolar.

Malah dolar kiwi juga menjadi matawang yang mempamerkan prestasi terbaik pada dagangan sesi Asia hari ini berbanding matawang utama lain yang memaparkan kemerosotan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat