Mengganas! Saham Tesla Lonjak 100% Dari Paras Terendah Januari

340

Saham Tesla melonjak ke paras tertinggi tujuh bulan pada hari Rabu, menandakan pemulihan yang ketara daripada kejatuhan yang dialami pada tahun lepas.

Lonjakan itu telah melonjakkan lagi kekayaan ketua pegawai eksekutif (CEO) Elon Musk ke tahap lebih tinggi sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai individu terkaya di dunia.

Semasa dagangan awal sesi New York, saham Tesla meningkat lebih 3% untuk mencapai $229, yang sebahagiannya dirangsang oleh berita positif dari kerajaan persekutuan Amerika Syarikat.

Semua versi sedan Model 3 kini layak untuk kredit cukai EV persekutuan penuh sebanyak $7,500 yang sebelum ini ia hanya diberikan separuh daripada jumlah tersebut.

Pada penutupan dagangan, saham Tesla didagangkan pada $224.57, yang membolehkan pembuat kenderaan elektrik (EV) itu mencapai nilai pasaran $711.78 bilion.

Sejak menyentuh paras terendahnya pada awal Januari, saham syarikat telah menyaksikan peningkatan yang luar biasa dengan lebih 107%, menjadikannya salah satu prestasi terbaik dalam S&P 500.

Sebagai konteks, S&P 500 telah melonjak sebanyak 12% tahun hingga kini (year to date).

Walau bagaimanapun, saham Tesla masih didagangkan kira-kira 44% lebih rendah daripada puncaknya $410 pada November 2021, seperti yang dilaporkan oleh Forbes.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat