“Bertenang semua, jangan FOMO sebab ni hanyalah ramalan daripada seorang penganalisis je.”
Setelah mendapati carta mata wang kripto sentiasa melakukan pergerakan berulang, seorang penganalisis aset digital popular digelar Crypto Tony meramalkan harga memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) bakal menggunung tinggi pada masa hadapan.
Menurut Crypto Tony kepada 300,000 pengikutnya di platform media sosial X, harga DOGE akan melonjak lebih 170% susulan para pelabur pasti sudah tahu pelan permainan tentang memecoin tersebut.
DOGE dijangka akan mencanak sehingga $0.17 sebelum April 2024 dan ini membawa makna bahawa harganya bakal meningkat 170% daripada paras semasanya, ulas Crypto Tony lagi dengan lebih terperinci.
Namun perlu diingatkan kenaikan itu bukanlah mudah susulan Tony Crypto Tony meramalkan harga DOGE akan menyaksikan penurunan 33% pada November tahun ini, kemudian diikuti lantunan semua dengan lonjakan 35% yang mungkin bermula pada awal tahun depan.
Selepas menekankan pentingnya memahami kitaran pasaran terutamanya dalam sektor kripto yang tidak menentu, penganalisis itu menyatakan bahawa pelabur harus belajar untuk perhatikan kitaran apa sedang dilalui dan bila peralihan ke fasa seterusnya.
Bukan itu sahaja, Crypto Tony turut mendedahkan bahawa DOGE adalah antara pegangan kripto institusi perbankan SoFi berpangkalan di San Francisco yang dilaporkan memiliki sekitar $166 juta dalam aset digital.
Beralih pula pada Bitcoin (BTC), Crypto Tony sungguh yakin harganya mampu melonjak tinggi dalam beberapa minggu lagi tetapi aset digital tersebut mungkin susut di bawah $25,000 terlebih dahulu sebelum bangkit kembali.
Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE menjunam sebanyak 0.89% pada paras $0.06 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 4.79% sepanjang minggu lepas.