Menjelang Data Ekonomi Eropah, EUR/USD Akan Teruskan Lonjakan Harga?

760

US dolar kembali pamerkan pengukuhan pada sesi Asia hari ini selepas bergerak lemah berbanding Euro pada sesi sebelumnya.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan awal pagi ini gagal memberikan reaksi pada pergerakan harga sementara tumpuan masih terarah pada ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pelabur juga berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang data tuntutan pengangguran serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi New York.

Euro juga berisiko untuk diniagakan hari ini menjelang data PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah termasuk Perancis dan Jerman. Bacaan yang meningkat akan kembali menyokong Euro untuk meneruskan pengukuhan berbanding US dolar.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga berjaya mencapai paras ketinggian semalam pada 1.10000 sebelum pergerakan harga kembali perlahan dan mendatar sehingga sesi New York berakhir.

Dan bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga membuat penurunan ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) dan menantikan data-data penting pada sesi Eropah.

Jika penurunan harga lebih rendah di bawah MA50, harga akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish dan akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.09000.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju paras terendah harga pada permulaan dagangan minggu ini sebelum menguji paras support 1.07800.

Namun, dengan jangkaan bacaan data zon Eropah yang meningkat, harga bakal membuat kenaikan semula dan menguji zon resistance pada ketinggian 1.10000 yang gagal ditembusi semalam.

Kenaikan harga yang melepasi paras ketinggian tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu dengan trend kekal bullish.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat