Menjelang FOMC, USD Tinggi Mendongak Langit!

315

Mata wang gergasi US dolar mengekalkan momentum pengukuhan ketika tumpuan pasaran terus difokuskan kepada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis waktu Malaysia.

Hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi membantu menyokong dolar greenback, dengan hasil 2 tahun melonjak ke paras tertinggi 15 tahun menjelang pengumuman Federal Reserve (Fed).

Bagaimanapun, langkah berhati-hati dalam pasaran membataskan dagangan US dolar apabila pelabur mempertimbangkan kemungkinan bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan lebih besar dari 75 mata asas disebabkan inflasi yang masih tinggi.

Selain Fed, beberapa keputusan polisi dari bank pusat utama lain juga akan diketahui pada Khamis, iaitu Bank of Japan (BOJ), England (BOE) dan Swiss National Bank (SNB).

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan kukuh pada 110.26 pada sesi Asia.

Kebanyakan mata wang utama lain terus mempamerkan pergerakan turun naik yang tidak menentu, dengan harga secara keseluruhan dilihat bergerak mendatar berikutan kewaspadaan pelabur menjelang hari penting.

Euro bergerak tidak jauh dari sekitar harga pariti 1.000 berbanding US dolar, manakala dagangan pound terus melemah di paras terendah 37 tahun.

Dolar loonie merosot ke paras terlemah terbaharu 2 tahun selepas laporan inflasi Kanada menunjukkan kejatuhan 0.3% bulan ke bulan pada Ogos, dengan asas tahunan juga turun kepada 5.7% daripada 6.0% sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat