Menjelang Laporan NFP, EUR/USD Menjunam Semula

364

Mata wang Euro antara yang memaparkan aksi tercorot pada dagangan Khamis semalam sementara pelabur sedang memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York hari ini.

Euro kembali terkesan selepas ketegangan ekonomi antara Rusia dan Eropah membuatkan pelabur berjaga-jaga susulan Presiden Rusia, Vladimir menekankan permintaan terhadap negara-negara Eropah untuk membayar gas Rusia dalam Ruble dan kebimbangan bahawa Rusia akan menyekat eksport tenaga ke Eropah.

Sentimen pasaran yang kembali berisiko juga telah mencetuskan pengukuhan awal bagi US dolar sebagai mata wang safe-haven dan pelabur ingin melihat sama ada laporan NFP malam nanti mampu untuk melonjakkan raja mata wang itu ataupun sebaliknya.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali dilihat membuat penurunan semalam selepas mempamerkan corak kenaikan harga sejak Selasa lalu.

Namun pada dagangan Khamis semalam, harga gagal untuk meneruskan kenaikan menyentuh paras jangkaan 1.1200 sebelum menyaksikan penurunan harga semula.

Memberi isyarat untuk perubahan trend bearish, harga telah susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan penurunan sehingga penghujung sesi New York mencecah sekitar 1.10600.

Sekiranya situasi penurunan harga berterusan dan jangkaan laporan NFP yang menyokong pengukuhan US dolar, harga boleh turun menguji semula sokongan di paras 1.10000.

Namun, penurunan yang diteruskan bakal menuju sasaran lebih rendah ke zon sekitar 1.0900 sebelum menguji zon support pada 1.0800.

Sebaliknya jika harga bertukar arah semula untuk membuat kenaikan, masih lagi dijangkakan untuk zon rintangan pada 1.1200.

Berjaya melepasi zon rintangan tersebut seterusnya akan mendorong harga ke paras lebih tinggi lagi dengan sasaran terbaru pada ketinggian 1.14000.

Pelabur kini berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP AS yang dijangka akan memberi impak terhadap pergerakan harga pada penutup dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat