Menjelang Mesyuarat BOE, GBP/USD Tak Ketinggalan Untuk Terjun

717

Pengukuhan US dolar pada dagangan Selasa semalam turut memberi tekanan terhadap Pound Sterling pada carta harga pasangan GBP/USD.

Corak penurunan harga dipamerkan selepas harga gagal menembusi zon rintangan 1.37000 untuk beberapa minggu dengan paras ketinggian sekitar 1.37500 dicapai.

Selepas penurunan harga dipamerkan pada Isnin, kenaikan harga pada sesi Asia Selasa semalam menguji kembali paras 1.37000 sebelum pasaran menyaksikan harga menjunam 90 pips ke zon RBS (resistance become support) 1.3600.

Namun dagangan sesi New York melihatkan harga ditutup sedikit tinggi dari paras terendah yang dicecah pada awalnya.

Langkah vaksinasi di UK pada kadar yang pantas memberi perspektif positif terhadap pelabur untuk ekonomi UK namun pelabur kekal berwaspada bagi dagangan Pound Sterling menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat England (BOE) pada Khamis.

Pada carta harga GBP/USD di sesi Asia, harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun menunjukkan tanda-tanda untuk penurunan semula.

Penurunan harga akan kembali semula ke zon RBS 1.36000. Melepasi paras tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah menuju zon RBS 1.35300 dan juga paras tumpuan 1.34000.

Namun jika harga berjaya melonjak di atas halangan MA50 dan juga melepasi paras rintangan 1.37000, paras ketinggian 1.37500 pada zon resistance tersebut akan diuji sekali lagi.

Berjaya menembusi kenaikan lebih tinggi melepasi zon itu akan merekodkan paras tertinggi terbaru dicapai pada carta GBP/USD sejak dagangan April 2021.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat