Menjelang Mesyuarat FOMC, Apa Jangkaan Untuk Pergerakan EUR/USD?

610

Sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini sedikit diredakan kembali dengan perkembangan positif oleh rundingan keamanan antara Rusia-Ukraine yang diharapkan menjadi pencetus untuk pengakhiran krisis peperangan yang berlarutan beberapa minggu.

US dolar walau bagaimanapun dilihat mengekalkan pengukuhan pada penghujung minggu lalu berkemungkinan akan bersambung pada minggu ini.

Tumpuan pelabur untuk US dolar akan mula beralih kepada mesyuarat FOMC di mana besar kemungkinan Federal Reserve (Fed) bakal meningkatkan kadar faedah selepas beberapa petunjuk diberikan sebelum ini.

Justeru, dagangan awal minggu bakal dijangkakan lebih berpihak kepada US dolar untuk memberi tekanan terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran terutamanya anti-USD iaitu Euro.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, jangkaan harga untuk bergerak dalam trend bullish minggu lalu kembali pudar apabila harga paparkan semula isyarat untuk penurunan harga di penghujung minggu.

Pada Jumaat lalu, harga telah menyambung penurunan selepas terjunan Khamis, di mana harga susut di bawah paras 1.1000 dan terhalang oleh paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Mencecah paras sekitar 1.0900 pada penurunan yang dibuat di penutup dagangan minggu lalu, harga berlegar perlahan di sekitar paras tersebut pada dagangan sesi Asia pembukaan pasaran minggu ini.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk menuju semula paras support sekitar 1.08000 yang telah cuba dicecah harga pada awal minggu yang lalu.

Dengan jangkaan untuk Fed meningkatkan kadar faedah, harga boleh turun lebih rendah melepasi paras 1.08000 seterusnya menuju ke zon support terbaru dijangka sekitar 1.07000.

Namun waspada sekiranya jangkaan pasaran yang meleset menyaksikan US dolar kembali melemah semula, harga bakal membuat kenaikan menguji semula rintangan awal pada 1.1000.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula zon SBR (support become resistance) pada 1.11200 yang menjadi rintangan buat harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat