Menuju Carta Top 20, Litecoin Mendaki Lebih 24% Dalam Seminggu!

172

Mata wang kripto Litecoin (LTC) berjaya menyaksikan pendakian 24% mencapai paras tertinggi sejak tujuh hari lalu selepas memeterai perjanjian bersama Wanchain yang bakal menjadi salah satu kejayaan besar bagi aset digital tersebut.

Difahamkan bahawa LTC mampu menjana sejumlah besar keuntungan walaupun kripto lain hanya memperoleh sedikit manfaat, seperti ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjana 1.65% manakala aset digital lain mencatakan keuntungan sehingga 5% sahaja.

Semasa LTC mencapai paras terendah $49.55, aset digital tersebut telah meneruskan pergerakan bullish pada 21 Oktober dan meneruskan momentum positifnya sehingga November dengan menetapkan paras tertinggi harian baharu semalam pada sekitar $73.29.

Umumnya, kebanyakan keuntungan yang dijana oleh LTC adalah pada 1 November susulan MoneyGram membenarkan para pelanggan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) membeli aset digital itu dan kripto lain dalam aplikasinya.

Namun begitu, LTC berkemungkinan besar akan membuat momentum mendatar semula ekoran aset digital tersebut telah mencapai tahap kenaikan harga paling tinggi.

Hal ini berikutan kerana harga LTC membuat lonjakan secara berterusan sejurus selepas mencapai titik terendah pada bulan Jun dan menguji semula paras rintangan pada minggu terakhir bulan lepas.

Sementara itu, LTC dikatakan membuat peningkatan disebabkan para pedagang yang berhasrat meraih manfaat secara pantas dan ini merupakan peluang keemaasan untuk pedagang jangka pendek.

Yayasan Litecoin pula mengulas bahawa kesukaran mining LTC yang melonjak sebanyak 17.99 juta di blok 2,363,70 telah membuatkan miners meningkatkan persaingan serta menjadikannya lebih mencabar bagi memperoleh keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat