Menuju Penghujung Minggu, GBP/USD Semakin ‘Tergelincir’

446

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis pamerkan penurunan lebih rendah di sesi Asia selepas data inflasi UK semalam diterbitkan dengan angka yang menurun.

Namun pada pergerakan Rabu semalam, harga lebih mendatar menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000 dan juga paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Data inflasi UK dilihat akan menambahkan tekanan buat pergerakan Pound selepas laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada Selasa gagal merangsang pengukuhan Pound walaupun bacaan data yang baik.

Sekadar membuat pembetulan harga, penurunan diteruskan pada sesi Asia pagi ini susulan sentimen berisiko pasaran mendorong pengukuhan US dolar semula selepas laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi berikan reaksi penyusutan sementara US dolar.

Penurunan harga menuju paras tumpuan 1.37000 dan berkemungkinan harga boleh turun lebih rendah dari paras tersebut menuju zon support 1.36000.

Penurunan ke zon tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu pada carta GBP/USD.

Untuk situasi kenaikan semula harga, zon SBR 1.38000 akan kembali diuji sebelum pelabur menilai perubahan trend harga.

Lonjakan harga yang berjaya lepasi zon tersebut bakal menuju semula ke zon SBR 1.39000 sebelum ini dan seterusnya ke zon rintangan tumpuan pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat