Menuju Puncak! Sepanjang Minggu EUR/JPY Papar Kenaikan Harga

198

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY dilihat berjaya mengekalkan corak kenaikan sepanjang minggu ini dengan beberapa faktor yang mempengaruhinya.

Yen terus didagangkan lemah pada penghujung tahun fiskal Jepun yang pada 31 Mac ini dengan dasar bank pusat Jepun juga masih dikekalkan longgar.

Euro pula sebagai mata wang anti-USD berjaya meningkat dengan pelabur memerhatikan data inflasi Jerman yang diterbitkan semalam.

Pada sesi Eropah hari ini pula, bacaan data indeks harga pengguna (CPI) di Eropah pula akan dipantau dan boleh memberi gambaran awal terhadap penetapan dasar oleh bank pusat Eropah selepas ini.

Jika diperhatikan pada carta EUR/JPY, harga yang memulakan dagangan di awal minggu sekitar 140.500 akhirnya telah mencapai paras ketinggian 145.00 setakat sesi New York semalam.

Selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY di awal minggu, pelabur telah menilai pergerakan harga bullish akan dipaparkan.

Namun, pelabur tetap berwaspada jika sebarang kejutan perubahan harga yang boleh berlaku susulan risiko yang meningkat pada penutup dagangan suku pertama 2023 ini.

Dagangan yang bersambung pada hari ini (Jumaat) masih berlegar di zon 145.00 dengan jangkaan corak kenaikan masih boleh diteruskan lagi.

Jika berjaya diteruskan, paras 146.500 pula dilihat akan menjadi tumpuan untuk dicapai sebelum harga menyambung kenaikan ke destinasi seterusnya lebih tinggi sekitar 148.300.

Paras ketinggian tersebut pernah dicapai pada Oktober 2022 lalu dan merekodkan paras tertinggi sejak penghujung tahun 2014.

Jika harga menjunam semula pada penutup sesi-sesi terakhir ini, harga bakal singgah ke zon 143.00 dan pelabur meneliti petunjuk bagi perubahan trend.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju sehingga ke paras tumpuan 140.00 dan akan menjadi paras terendah bagi dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat