Menunggu FOMC, USD Papar Aksi Tak Bermaya!

342

Dagangan dolar greenback menyusut lebih rendah ketika pasaran dilihat lebih berwaspada menjelang mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Hal ini ekoran peningkatan dalam pasaran saham Amerika Syarikat, di mana pelabur menyambut baik berita mengenai usaha bank pusat untuk meringankan krisis bank dan isu Credit Suisse.

Pelabur kini lebih berhati-hati menuju keputusan dasar Federal Reserve (Fed) yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar didagangkan suram pada sekitar harga 103.32 ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, pound adalah menjadi mata wang yang berprestasi paling baik pada awal minggu, dengan harga melonjak ke paras tertinggi sejak akhir Januari pada sekitar harga 1.2270 berbanding US dolar.

Seperti Fed, pelabur menjangkakan Bank of England (BOE) akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi yang bakal berlangsung pada hari Khamis.

Selain itu, mata wang euro pula mencatat kenaikan sederhana selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde mengulangi kenyataannya di hadapan Parlimen Eropah bahawa inflasi diunjurkan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Di samping itu, walaupun berita mengenai Credit Suisse sedikit sebanyak membantu meredakan kebimbangan pelabur di AS, tetapi saham Credit Suisse tetap merosot rendah.

Ini disusuli dengan dagangan mata wang Swiss franc yang kecundang berbanding kebanyakan mata wang utama.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand sedikit susut pada sesi Asia, selepas minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) memberi petunjuk untuk menghentikan kenaikan kadar pada bulan April.

Mata wang yen pula kekal menguat selepas meningkat ke paras ketinggian terbaru 6 minggu berbanding greenback.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat