Menunggu Keputusan BOE, GBP/USD Menjalar Di Bawah Zon Rintangan $1.3700

397

Pelabur berhati-hati terhadap pergerakan Pound pada minggu ini dengan tumpuan pada keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England.

Keputusan Bank of England (BOE) dalam penetapan polisinya dinantikan oleh pelabur sama ada pengetatan dasar bakal diumumkan atau sebaliknya.

Data-data ekonomi tumpuan bank pusat yang diterbitkan minggu lalu dilihat gagal untuk menyokong pengukuhan Pound menuju ke mesyuarat minggu ini walaupun bacaan data meningkat positif.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu telah menyaksikan harga susut lebih rendah melepasi zon 1.37000 yang kemudiannya menjadi zon rintangan terbaru buat harga.

Menyambung dagangan pada Selasa semalam juga masih melihatkan harga gagal melepasi zon rintangan 1.37000 tersebut selepas kenaikan dipamerkan.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga masih mengekang kenaikan harga memberi isyarat pergerakan harga masih dalam trend bearish.

Sekiranya corak penurunan harga masih dikekalkan, harga bakal susut lebih rendah menuju zon support pada 1.36000.

Zon tersebut akan menentukan arah pergerakan harga selanjutnya selepas penurunan pada dagangan Julai dan juga Ogos lalu berjaya dibendung sebelum menyaksikan lonjakan semula harga dari zon tersebut.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak melepasi rintangan 1.37000 dan juga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur akan mula berwaspada untuk perubahan trend harga.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan lebih tinggi akan menguji semula paras 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) yang menjadi tumpuan pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat