Menyesal Tak Beli Bitcoin 5-Tahun Lalu? Ini Alternatif Lain Yang Anda Mampu Beli!

210

Ramai yang menyesal kerana tidak membeli Bitcoin lima tahun yang lalu semasa harga benar-benar murah. Kini dengan harga Bitcoin yang mencecah $9,619 setakat pada Isnin, kebanyakan orang tidak mampu lagi untuk membeli matawang-Crypto tersebut.

Jika anda tanya kami matawang-Crypto yang mana terbaik ketika ini, kami akan jawab ia adalah Etherium dengan modal pasaran kedua terbesar di belakang Bitcoin. Etherium hanya bermula pada harga $8 pada awal tahun ini dan kini sudah mencecah harga $474.63 setakat pukul 9.06 malam pada Isnin.

Untuk pengetahuan anda, hari ini adalah ulang tahun ketiga matawang ini. Jika seseorang itu membeli 2,000 Etherium tiga tahun lepas, maka ia sudah pun bernilai $0.4 juta hari ini.

Etherium semakin popular sejak tahun lalu sebagai alternatif kepada Bitcoin. Namun, kelebihan Etherium berbanding Bitcoin dan matawang digital yang lain adalah, ia telah diguna pakai oleh banyak syarikat sebagai medium transaksi dan sebagainya.

Dalam industri matawang digital, Etherium dilihat mempunyai nilai dalaman dan juga nilai industri.

Bill Gates sendiri pernah berkata, ” Etherium adalah lebih baik daripada matawang.”

Etherium sebenarnya adalah ‘software‘ yang tidak mempunyai pusat yang membenarkan ‘programmer‘ membuat kerja-kerja ‘coding‘ untuk apa sahaja aplikasi. Mesti ada di antara anda yang bertanya, bukankah Etherium adalah wang? Ya benar, tetapi ia juga mempunyai nilai monetari (nilai wang).

Etherium menggunakan teknologi yang dipanggil ‘Blockchain‘ untuk menjalankan transaksi monetari ataupun jual-beli. Etherium menggunakan token dipanggil sebagai Ether untuk digunakan dalam transaksi. Inilah nilai monetari dalam Etherium. Disebabkan keunikannya, ia telah menarik perhatian industri kewangan, hartanah, digital dan sebagainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat