US dolar tidak memberi reaksi negatif walaupun terdapat faktor kuat yang merisikokan kejatuhannya iaitu ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di awal minggu.
Sentimen pemotongan kadar faedah semakin kuat berlegar dalam pasaran selepas Powell menyatakan bahawa bank pusat tidak perlu untuk menunggu sehingga inflasi mencapai sasaran 2% sebelum memulakan langkah pelonggaran dasar itu.
Situasi ini dilihat akan mempengaruhi penyusutan US dolar, namun data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam dengan bacaan positif dilihat menghadkan risiko ke atas mata wang itu.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang mendatar dari awal minggu membuatkan pelabur berwaspada.
Harga berlegar di sekitar zon penting iaitu 1.09000 sambil menguji garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang akan memberi petunjuk arah harga selanjutnya.
Jika harga menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung semula pergerakan bullish minggu lalu, kenaikan lebih tinggi harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan mengatasi paras dicapai awal Jun lalu.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi untuk harga adalah menuju sekitar 1.1000.
Namun jika harga menunduk jatuh di bawah garisan MA50 selepas ini, akan menjadi isyarat untuk pergerakan bearish harga berlaku.
Penurunan harga akan dijangkakan untuk mencecah kembali paras sokongan sebelum ini pada sekitar 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG