Meroket 90% Dalam 24 Jam , Mark Cuban Enggan Jual Dogecoin (DOGE)!

1,994

Dogecoin (DOGE) sekali lagi catat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $0.1407, selepas menunjukkan pergerakan positif bermula malam tadi.

Sebagai rekod, genap sebulan selepas pasukan Dallas Maverick mengumumkan penerimaan DOGE sebagai medium pembayaran merchandise. Dilaporkan mereka telah meraih lebih 120,000 DOGE hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh peminat kumpulan sukan itu.

Ekoran daripada itu, pengasasnya Mark Cuban berjanji untuk tidak menjual token tersebut.

Pada masa yang sama, pemilik restoran Amerika Syarikat (AS), dikenali sebagai Guy Fieri telah menunjukkan sokongannya terhadap Dogecoin dengan memuatnaik gambarnya memakai space suit bertemakan shiba inu.

Jika semalam DOGE didagangkan pada harga rata-rata $0.07, dengan lonjakan lebih 90%, kini matawang kripto meme itu sudah bernilai $0.1399 ketika artikel ini ditulis.

Nilai pasaran Dogecoin juga mencatatkan nilai $16.6 bilion sekaligus berada di kedudukan ke-10, mengatasi nilai pasaran Chainlink (LINK) yang cuma bernilai $15.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat