Mark Cuban Melabur Dalam Mintable, Terima Dogecoin Sebagai Medium Pembayaran

569

Pelabur dan jutawan, Mark Cuban telah membuat pelaburan dalam platform NFT, Mintable.

Dalam tweet yang dimuatnaik semalam, mendedahkan firma itu sangat berbesar hati dengan sokongan oleh Cuban yang dilihat satu peluang baik ketika tumpuan NFT sedang meningkat.

Individu yang terkenal melalui realiti tv, Shark Tank juga dikenali sebagai seorang pelabur yang banyak membuat pelaburan di kebanyakan firma dan turut menyokong sektor kripto terutama Ethereum.

Terbaru, pasukan Dallas Maverick milik Cuban telah menerima Dogecoin (DOGE) sebagai medium pembayaran bagi pembelian tiket dan merchandise menerusi transaksi yang diuruskan oleh BitPay.

Menyentuh perihal NFT, Cuban menyifatkan ia mampu menjadi satu game-changer dan berpotensi untuk menguasai pasaran koleksi fizikal suatu hari nanti.

Malah, individu itu mendakwa akan mengetengahkan blockchain, kontrak pintar dan NFT jika berpeluang untuk membangunkan perniagaan.

“Saya rasa NFT dan teknologi blockchain akan terkenal,” katanya dalam temubual bersama CNBC.

Mintable merupakan platform yang membenarkan penggunanya kontrak ETH bagi perlombongan token ERC-721, dikenali juga sebagai non-fungible token (NFT).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat