Ethereum Lebih Hebat Berbanding Bitcoin – Mark Cuban

2,100

Dalam satu temubual podcast bersama The Defiant, jutawan dan juga pelabur terkenal, Mark Cuban mendedahkan Ethereum (ETH) berpotensi untuk mengatasi Bitcoin (BTC) dari segi simpanan nilai.

Secara umumnya, Cuban percaya dengan kebolehan kripto yang dilihat sedang bullish, terutama DeFi. Bagaimanapun, selebriti Shark Tank itu skeptikal dengan Bitcoin sebagai matawang.

“Sehingga hari ini, saya masih tidak boleh terima yang Bitcoin akan menjadi matawang,” katanya.

Nampaknya, Cuban masih lagi tidak teruja dengan trend Bitcoin. Menurutnya lagi, Bitcoin bukanlah pelindung nilai terbaik apabila berhadapan senario terburuk dan, idea Bitcoin dan matawang kripto lain menggantikan matawang fiat tidak ‘produktif’ kerana pada akhirnya negara-negara akan bertindak melindungi matawang mereka serta kebolehan mengenakan cukai.

Namun, individu itu dilihat positif dengan perkembangan blockchain terutama kontrak pintar (smart contracts) yang menjadi fokus penting ketika industri kripto baru ‘gah’ dan menjadi ancaman besar terhadap sistem perbankan.

Semestinya, Ethereum memenangi aspek ini jika dibandingkan Bitcoin. Menurut Cuban, kontrak pintar mengingatkan dirinya kepada permulaan era internet:

“Dengan hanya HTML dan beberapa JavaScript basic, anda boleh melakukan bermacam-macam perkara. Ia menjadi frictionless banking. Lebih mudah untuk membuat pinjaman dalam beberapa saat. Teknologi seperti itu akan mula menggugat industri perbankan.”

Menerusi Ask Me Anything di laman Reddit WallStreetBets, Cuban juga ada menjelaskan keyakinannya dalam sektor DeFi yang akan ‘meletup’ dalam 10 tahun lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat