Mesyuarat ECB Bakal Gegarkan Pergerakan EUR/USD

469

US dolar kekal bergerak lemah ditekan oleh hasil bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan terus membuka ruang bagi mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Sesi New York pada Rabu menyaksikan US dolar terus menyusut selepas laporan data inflasi AS untuk bulan Februari diterbitkan walaupun pada sesi-sesi sebelumnya melihatkan US dolar sedikit mengukuh.

Mata wang utama lain mencatatkan peningkatan berbanding US dolar yang mengalami penyusutan termasuk mata wang Euro yang dilihat berisiko.

Kenaikan nilai Euro juga dilihat perlahan berikutan pelabur semakin berwaspada menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada hari ini.

European Central Bank (ECB) dijangka akan menyampaikan kenyataan bernada dovish yang bakal mendorong penurunan pada nilai dagangan Euro semasa.

Oleh itu, pelabur melihat kenaikan harga yang dipamerkan adalah perlahan pada carta pasangan mata wang EUR/USD walaupun sudah terdapat isyarat untuk perubahan trend bullish.

Sebelum ini kenaikan harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga dan kemudiannya pada sesi New York semalam harga telah melepasi zon rintangan pada 1.19000. Namun kadar kenaikan harga dilihat terhad.

Jika harga berjaya meneruskan trend kenaikan tersebut, zon rintangan terhampir pada 1.19600 akan diuji sebelum harga menuju pula ke paras SBR (support become resistance) 1.20000.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras 1.19000 akan menjadi zon sokongan terhampir yang perlu ditembusi.

Penurunan lebih rendah bakal menguji paras sokongan minggu ini pada 1.18350 sebelum meneruskan penurunan ke zon support 1.18000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak September 2020.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat