Mesyuarat ECB & Data Inflasi AS Buatkan Pelabur Berhati-Hati Pada Awal Minggu

261

Pasaran saham Asia berada dalam penyusutan apabila sentimen pelabur dalam ‘mood‘ berhati-hati ekoran minggu yang penuh mencabar dengan mesyuarat bank pusat dan data inflasi Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun turun 0.1% sementara Nikkei Jepun jatuh 0.6% selepas menyusut 2.6% pada minggu lalu.

Niaga hadapan S&P 500 dan Nasdaq Composite susut 0.2% semasa dagangan awal.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS melonjak 31 mata asas pada minggu lalu namun pasaran Wall Street dilihat dalam keadaan baik disebalik sesi penjualan bon yang kuat.

Pasaran dilihat berlumba-lumba dalam menetapkan harga dalam risiko kenaikan kadar yang lebih besar oleh Federal Reserve (Fed) dengan niaga hadapan beri jangkaan kenaikan 50 mata asas dalam 2 mesyuarat bulan Mei dan Jun.

Menurut pakar ekonomi Bank of America (BofA), Ethan Harris, ia menjangkakan kenaikan setengah mata pada 3 mesyuarat akan datang dan kitaran memuncak pada 3.25 sehingga 3.50%.

Terangnya, andai kadar inflasi di bawah 3% maka keputusan Fed yang kini adalah tepat manakala andai melebihi 3% maka Fed perlu menjadi lebih hawkish dalam kenaikan sehingga pertumbuhannya jatuh ke sifar.

Ekoran daripada itu, laporan harga pengguna AS yang akan dikeluarkan pada Selasa, dengan jangkaan median naik 1.2% yang akan membawa inflasi tahunan ke 8.5%, menjadi penentu dan perhatian ramai.

Selain itu, isu inflasi turut menjadi topik penting dalam mesyuarat European Central Bank (ECB) pada Khamis dengan risiko nada hawkish.

Penganalisis TD Securities menyatakan kenaikan inflasi melewati jangkaan ECB dan ia menjangkakan bank pusat itu akan mengumumkan penamatan program Quantitative Easing (QE) dengan pantas pada Mei.

Sementara itu, bank pusat Kanada dan New Zealand dilihat turut sama akan menaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi mereka minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat